UNIVERSITI SELANGOR IKRAR BEBAS RASUAH

  • Home
  • UNIVERSITI SELANGOR IKRAR BEBAS RASUAH
Shape
Seramai 244 orang staf akademik dan pentadbiran UNISEL hari ini menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) buat pertama kalinya diadakan di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, program ini melambangkan UNISEL komited untuk menyahut seruan kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan setiap kakitangan bebas daripada gejala rasuah.
 
Menurutnya, setiap kakitangan UNISEL bukanlah lafaz ikrar semata-mata namun ianya perlu dihayati dan dipraktikkan agar UNISEL lebih cemerlang pada masa akan datang. Agenda integriti dijadikan teras dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja.
 
Lafaz IBR Universiti Selangor seterusnya diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dan diteruskan dengan majlis menandatangani IBR. Majlis disaksikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Alias Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor.
 
Hadir sama, En. Anas Sulaiman, Ketua Cluster Tadbir Urus MBI, wakil dari SPRM Selangor dan MBI Selangor serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat