UNISEL-MIA Anjur ASC 2021

  • Home
  • UNISEL-MIA Anjur ASC 2021
Shape
Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Malaysian Institute of Accountants (MIA) hari ini menganjurkan “Accounting Students Conference” (ASC) 2021. Dengan temanya “Millennials Accountants: Shaping Society & Environment”.
 
Pendekatan program yang dianjurkan ini adalah sejajar dengan komitmen UNISEL dan MIA terhadap perkembangan dan kemajuan profesion perakaunan.
 
Menerusi program ini, mahasiswa UNISEL dan pengiat industri akauntan didedahkan berkenaan kepentingan untuk mengumpul kemahiran dalam aspek analisis data, digitalisasi selain mempelbagaikan kemahiran kendiri.
 
Selain itu, mahasiswa UNISEL terutama sekali pelajar perakaunan berpeluang untuk menimba ilmu daripada pemain indistri selain berkongsi pandangan mereka berkenaan isu-isu semasa.
 
Dalam pada itu, para pelajar turut didedahkan dengan kepentingan etika dan sosial dalam bidang perakaunan. Ini dapat membantu dalam memupuk kemahiran insaniah dan menajamkan pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa UNISEL.
 
Persidangan secara maya itu turut melibatkan beberapa panel antaranya Dr Nurmazilah Dato’ Mahzan, Ketua Pegawai Eksekutif MIA, Au Soon Yong dan Tan Tein Wei dari KPMG Malaysia serta Bobby Bhail dari GKK Consultants.
 
Program yang berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 Mei 2021 itu dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat