Universiti Selangor (UNISEL) semalam menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Delegasi MPAJ yang terlibat dalam lawatan tersebut adalah Tn. Abdul Latif Bin Shaari, Ketua Deligasi Ahli Majlis JKP Zon 7, Jawatankuasa Kerja Ampang Jaya dan Smart Selangor Mampan (SSM) serta wakil Jawatankuasa Penduduk dan beberapa kakitangan jabatan.
Kunjungan tersebut merupakan satu lawatan dan perbincangan untuk membuka ruang kerjasama dari aspek penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan isu alam sekitar termasuk sungai yang kotor serta parit tersumbat.
Menurut Dr. Mohamad Ropaning Sulong, Pengarah Centre for Research and Industrial Linkages (CRIL), UNISEL mempunyai kepakaran dan kemudahan penyelidikan. Oleh yang demikian, CRIL yakin bahawa kerjasama ini akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua komuniti di bawah MPAJ secara khususnya.
Delegasi dari MPAJ turut dibawa melawat ke beberapa makmal Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Bioteknologi yang mana mereka berpeluang menyaksikan sendiri kemudahan dan peralatan yang sering digunakan dalam setiap proses penyelidikan di sini.
Turut hadir semasa majlis adalah Prof. Md Sidin Bin Ahmad Ishak, Naib Presiden & Tmbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Indsutri), Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti) serta kakitangan akademik dan pentadbiran UNISEL.