Lebih 100 orang kakitangan Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menyertai Program Tadarus Al-Quran Ramadan peringkat UNISEL 1443H/2022M yang dianjurkan oleh Pusat Islam UNISEL.
Program yang berlangsung di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya itu dimulai dengan bacaan daripada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dan turut disertai oleh pelajar Smart Tahfiz UNISEL.
Menurut Presiden dan Naib Canselor, program seperti ini disifatkan sebagai satu amalan yang sangat mulia bahkan ia menjadi nadi kekuatan bagi seluruh umat Islam.
“Walaupun bulan Ramadan sudah berada di penghujung, namun kita harus menjadikan ia sebagai amalan pada setiap masa. Bulan Ramadan merupakan bulan Al-Quran. Semoga Ramadan kali ini membawa lebih erti dan bakal memberi seribu rahmat serta pahala yang berganda buat seluruh umat Islam,” ujar beliau mengakhiri ucapan.