VEX 2022 PAMER KARYA SENI & PROJEK TAHUN AKHIR JABATAN SENI VISUAL UNISEL

  • Home
  • VEX 2022 PAMER KARYA SENI & PROJEK TAHUN AKHIR JABATAN SENI VISUAL UNISEL
Shape
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) mengadakan Virtual Art Exhibition (VEX) bermula 25 Julai hingga 29 Julai 2022 bertempat di Jabatan Seni Visual, UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Selaras dengan usaha mendedahkan pelajar tahun akhir dengan perkembangan industri seni semasa, program yang bertemakan ‘ESPERTA’ tersebut mempamerkan beberapa karya seni, penyelidikan serta hasil produk pelajar tahun akhir program di bawah Jabatan Seni Visual FCVAC.
 
Menurut Ts. Nur Shazleen Yusof, Ketua Jabatan Seni Visual, ini merupakan satu platform yang terbaik kepada kesemua 52 pelajar tahun akhir selepas mengharungi tiga tahun pengajian termasuk latihan industri mereka. Oleh yang demikian, pameran ini bertujuan mengangkat hasil karya mereka untuk dipamerkan kepada orang luar.
 
Program ini juga disifatkan sebagai ruang cabaran buat pelajar dari segi pengurusan masa, tenaga dan kreativiti dan secara tidak langsung membuka peluang pelajar untuk memdapat penilaian daripada Industri luar sebelum berada di dalam industri sebenar.
 
Antara penilai industri luar terlibat sepanjang VEX 2022 ini adalah Zainal Abd Halim, ‘Photo Editor’ The Malaysian Insight, En. Hanafi Roslan, ‘Brand Designer Trevo Malaysia’, dan Ts. Hazizul Yahya Abdul Rahim, Ketua Pengarah Penyiaran RTM.
 
Dalam pada itu antara pensyarah yang terlibat selaku penasihat projek tahun akhir VEX 2022 ini adalah Nor Aziana Abd Rahman, Ahmad Lotfi Abu Samah dan Afendi Md Shas Md Khaled.
 
Sepanjang program, turut berlangsung ‘Bazaar Seni Sana Seni’ dan yang mana terbuka kepada umum terutama sekali ahli keluarga peserta. Hadir sama semasa lawatan hari terakhir Program VEX 2022 adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timb. Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri) UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
29 Julai 2022