Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 bertempat di Dewan Pro Canselor, Kampus Shah Alam.
Sebanyak 11 gerai makanan melibatkan penyertaan daripada jabatan dan fakulti yang menyediakan pelbagai hidangan seperti kambing bakar, sate, laksa, kuih muih dan pelbagai lagi.
Sambutan yang berlangsung pada hari ini merupakan jamuan untuk meraikan kakitangan di kampus Shah Alam manakala sambutan bagi kampus Bestari akan diadakan esok, 10 Mei 2023.
Turut berlangsung, pertandingan gerai tercantik, pertandingan sambung lagu hari raya dan pertandingan anyam ketupat. Berikut merupakan senarai pemenang :