Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Professional dan Pembangunan Perniagaan (PROBIS) di bawah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) hari ini mengadakan kursus “Certificate of Human Resource Practitioner” bertempat di Auditorium FPP UNISEL Kampus Shah Alam.
Kursus kerjasama dengan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) itu melibatkan kira-kira 30 orang peserta terdiri daripada pegawai sumber manusia dari pelbagai syarikat di bawah MBI dan disampaikan oleh Prof. Dr. Nik Hasnaa Nik Mahmood.
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor sempat meluangkan masa bertemu peserta dan menyampaikan ucapan aluan semasa majlis pembukaan kursus. Turut serta, Encik Mohd Zaidi Jaafar, Pengurus Kanan Sumber Manusia MBI dan Encik Mohd Solohuddin Yusof, Pengurus Sumber Manusia MBI.
Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memenuhi permintaan serta membantu menaikkan lagi tahap kompentensi modal insan dalam kalangan kakitangan sumber manusia MBI dan anak syarikat di bawah MBI terutama sekali mereka yang bukan dari jurusan pengurusan sumber manusia.
Lebih menarik, selain dapat memberi nilai tambah ilmu dan skil tentang pengurusan sumber manusia, sijil “Certificate of Human Resource Practitioner (CHRP)” yang dikeluarkan oleh UNISEL ini dapat menjadi nilai tambah kepada peserta sebagai peningkatan diri dalam kerjaya mereka khususnya dalam pengurusan sumber manusia.