Sekalung tahniah buat Universiti Selangor (UNISEL) di atas pensijilan ISO bagi sistem pengurusan oleh SIRIM di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini. Pensijilan telah diterima oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor yang merupakan individu cukup komited bagi merealisasikan pengiktirafan ini diperoleh.
Dirasmikan oleh YB. Dr Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, majlis yang berlangsung pada hari ini merupakan penyerahan sijil bagi ISO 9001;2015 dan ISO 21001:2018 kepada UNISEL. Lebih membanggakan, UNISEL merupakan universiti pertama yang memperoleh pensijilan ‘Educational Organisation Management System’ (EOMS)