MOU UNISEL – UBD JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN ANTARABANGSA

  • Home
  • MOU UNISEL – UBD JALIN KERJASAMA PENDIDIKAN ANTARABANGSA
Shape

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Universitas Bina Darma (UBD) berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Bestari Jaya semalam.

Acara menandatangani MOU tersebut disempurnakan oleh Prof Dr. Mohd Nor Nawawi, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran, Perancangan dan Jaringan Global yang menandatangani bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn Hjh Rokma Hj Mat, Pendaftar manakala bagi pihak UBD pula ditandatangani oleh Dr. Sunda Ariana Bochari, Rektor UBD dan disaksikan oleh Bapak M. Iqbal Ramdhani, Pengarah Urusan Internasional dan Kerjasama, UBD.

Perjanjian persefahaman itu meliputi aspek penting kerjasama antarabangsa dari segi “Sit In Programme” iaitu program mobiliti inbound melibatkan pelajar dari kedua-dua buah universiti.

Terdahulu, seramai 17 orang pelajar dan tiga orang pensyarah daripada UBD telah meengikuti program inbound mobility di UNISEL selama empat minggu bermula 5 Januari hingga 5 Februari 2020. Program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran.