GAMELAN MELAYU MENGHIAS SENI BUDAYA UNISEL

  • Home
  • GAMELAN MELAYU MENGHIAS SENI BUDAYA UNISEL
Shape

Alunan gamelan sering mengamit memori bagi setiap graduan yang pernah melangkah ke Dewan Konvokesyen. Tidak berakhir di situ sahaja, telatah dan lenggokan setiap ahli yang mengetuk alatan sering menghiburkan para tertamu.Tidak ketinggalan semua tetamu kehormat serta pensyarah kerana mereka adalah yang berada paling hadapan. Sangat asing bagi kita nama alatan seperti, Bonang, Kenong, Pekin, Saron dan Demung. Namun tidak asing bagi sebahagian kakitangan di Unisel yang sangat berkebolehan bermain alatan tersebut.

Kegigihan mereka cukup luar biasa. Mereka berlatih hampir setiap hari bagi memastikan perjalanan konvokesyen adalah yang terbaik. Sidang demi sidang berlangsung dengan kelibat mereka yang bersemangat menghiburkan kita semua. Bagi tujuan itu, dengan hasrat menambah pengetahuan kita semua tentang alatan gamelan, Pusat Sukan dan Budaya mengambil inisiatif mempamerkan alatan gamelan di lobi Canselori Bestari Jaya. Lebih menarik, sebahagian mereka akan mempersembahkan alunan gamelan secara langsung pada hari Rabu 24hb Jun 2020 jam 5.30 petang.

Kepada kakitangan yang berkesempatan, marilah kita melihat secara dekat dan mengenali mereka, kerana mereka juga “hero di mata kita”Persembahan akan dipimpin oleh Saudara Mohd Fadly bin Abd Malek.