Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Residensi Pelajar hari ini mengadakan Program Gotong-Royong Kolej Kediaman bertempat di kampus Bestari Jaya.
Program bermula pada jam 5.00 petang itu melibatkan beberapa aktiviti antaranya menanam pokok bunga dan menceriakan kawasan sekitar kolej kediaman.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, program gotong-royong ini dapat dijadikan sebagai aktiviti berkala yang mana berfungsi untuk mengeratkan ukhuwah di antara pelajar sekali gus memanfaatkan aset universiti bersama.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung adalah simbolik bagi penanaman pokok bunga bagi setiap blok yang terdapat di Kolej Kediaman.