Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) bersama pengurusan tertinggi universiti hari ini berkunjung ke Teras Dimensi, Batu Arang, Selangor.
Kehadiran delegasi disambut oleh Tn. Hj. Md Razeef Md Jee, pengusaha Teras Dimensi. Menurut Hj. Md Razeef, Teras Dimensi merupakan hasil usaha lebih 10 tahun yang asalnya cuma tapak riadah kecil-kecilan.
Teras Dimensi yang berkeluasan 10 ekar, menjadi tarikan baharu aktiviti rekreasi di hujung minggu dengan menyediakan beberapa kemudahan riadah seperti glamping, tapak perkhemahan, kayak dan memancing.
Kunjungan ini merupakan salah satu lawatan kerja bagi proses penelitian kaedah pembinaan selain mengambil inspirasi untuk memajukan Tasik Lindungan Burung UNISEL, berkeluasan hampir 500 ekar, di kampus Bestari Jaya.