Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerusi Pusat Islam mengadakan majlis Khatam Al-Quran peringkat UNISEL 1444H/2023M yang bertempat di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Majlis tersebut disertai oleh peserta tadarus Al-Quran dikalangan staf akademik, pentadbiran UNISEL serta pelajar Smart Tahfiz UNISEL.
Menurut Presiden dan Naib Canselor, program seperti ini disifatkan sebagai satu amalan yang sangat mulia dalam meningkatakan penghayatan kita terhadap kitab suci Al-Quran.
“Kita harus menjadikan ia sebagai amalan pada setiap masa bukan sahaja di bulan Ramadan kerana ia merupakan nadi kekuatan bagi seluruh umat Islam”, ujar beliau.
Di akhir majlis turut diadakan penyampaian cenderamata kepada ahli Tadarus Al-Quran.