MAJLIS LANTIKAN PROFESSOR KEHORMAT & INDUSTRI

  • Home
  • MAJLIS LANTIKAN PROFESSOR KEHORMAT & INDUSTRI
Shape
Tanggal 23 Mac 2021; Majlis Penyerahan Surat Lantikan Profesor Kehormat dan Profesor Industri/Iktisas telah berlangsung secara Fizikal dengan SOP yang telah digariskan pihak Universiti sejajar ketetapan MKN. Bermula seawal jam 10.00 pagi di Kampus Shah Alam, majlis secara santai ini berlangsung dengan baik dan Lancar.
 
Majlis telah bermula dengan Ucapan Oleh YBhg Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL). Beliau telah membentangkan perkembangan semasa UNISEL dan perancangan pihak Universiti dari masa ke semasa. Dalam masa yang sama, beliau juga telah berkongsi mengenai kejayaan Universiti dan sasaran pada masa akan datang.
 
Mengakhiri ucapan, Beliau turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada kesemua Profesor Kehormat dan Profesor Industri/Iktisas yang mempunyai latar belakang akademik dan penyelidikan yang cemerlang di dalam dan diluar negara kerana sudi bersama-sama UNISEL dalam usaha untuk memekarkan universiti ini agar menjadi kebanggaan kita bersama.
 
Turut hadir dalam Majlis ini adalah Prof. Md. Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri) selaku penganjur;
Puan Hjh. Rokmaa binti Haji Mat, Pendaftar serta pengurusan kanan Universiti. Berikut adalah senarai Profesor Kehormat dan Profesor Industri/Iktisas yang menerima surat lantikan pada 23 Mac 2021;
 
1. Prof. Dato’ Dr. Mohd Nor bin Haji R.M.Monutty – Profesor Kehormat
2. Prof. Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian – Profesor Industri/Iktisas
3. Prof. Dr. Azami Zaharim – Profesor Industri/Iktisas
4. Prof. Dr. Saadiah Mohamad – Profesor Kehormat
5. Prof. Dr. Maliah Sulaiman – Profesor Kehormat
6. Prof. Dr. Noor Akma binti Mohd Salleh – Profesor Kehormat
 
Untuk rekod, UNISEL sebelum ini telah melantik Prof. Dr. John Archer, Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dan Prof. Dr. Zaharuddin Abd Rahman sebagai Profesor Adjung. Manakala Prof. Dr. Amran Rasli, Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim dan Prof. Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri sebagai Profesor Pelawat.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat