Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor hari ini hadir ke Universiti Selangor (UNISEL) bagi memyempurnakan pelepasan Larian Tasik Sanktuari UNISEL 2023.
Program yang berlangsung seawal jam 7.00 pagi itu dimulai dengan aktiviti senamrobik. Larian Tasik Sanktuari UNISEL ini merupakan larian santai berjarak 5km dan disertai oleh lebih 200 orang peserta yang rata-ratanya merupakan penduduk sekitar termasuklah kakitangan dan pelajar UNISEL.
Selesai pelepasan, Menteri Besar Selangor bersama-sama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor serta Haji Yahya Shaari, penganjur program membuat lawatan ke Tasik Sankturi Burung bagi melihat sendiri keindahan tasik yang menempatkan pelbagai spesis burung.
Sebelum itu, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari sempat menunaikan solat subuh berjemaah bersempena Program Gempur Subuh bersama-sama warga universiti di Masjid UNISEL.