Universiti Selangor (UNISEL) dan The Hive Asia Tenggara hari ini telah menjalinkan kerjasama pintar menerusi Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) hari ini yang telah berlangsung di Foyer SUK, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.
Kerjasama tersebut meliputi beberapa aspek dalam meningkatkan kebolehpasaran, melatih semula (reskill) dan meningkatkan kemahiran (upskill) terhadap graduan bagi mengisi jurang pasaran kerja digital.
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam pada itu menyambut baik kerjasama ini bagi membolehkan kita bergerak dengan lebih pantas dan memanfaatkan peluang pekerjaan serta perniagaan dalam ekosistem e-ekonomi dan e-dagang.
Pemeteraian MOU diantara UNISEL dan The Hive SEA disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Teng Chang Kim, Exco Industri dan Perdagangan Selangor dan Encik Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Sdn Bhd.