SEMINAR MADANI : VISI & KERANGKA DASAR REFORMASI

  • Home
  • SEMINAR MADANI : VISI & KERANGKA DASAR REFORMASI
Shape
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Seminar Madani yang bertajuk Visi dan Kerangka Dasar Reformasi terhadap 250 orang pengurusan kanan UNISEL.
 
Seminar Madani yang diadakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya tersebut merupakan pengkhususan terhadap kerangka tata kelola pengurusan yang lebih manusiawi.
 
Terdapat empat panel pembentang bagi mengupas konsep Madani tersebut, antaranya adalah Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Nordin bertajuk “Madani dan Pengurusan Universiti”, Prof. Dato’ Dr. Muhd Nur bin Manuty bertajuk “Konsep & Falsafah Negara Madani”, Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah bertajuk “Madani Sebagai Sebuah Kerangka Dasar Reformasi” serta Dato’ Hadzir bin Md. Zain bertajuk “Madani Dari Sudut Pentadbiran Awam”.
 
Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya, seminar ini bukan sahaja memahami maksud MADANI malahan mendalami konteks dari akar umbi agar dapat membangunkan negara kita amnya dan universiti kita khususnya secara lebih insaniah.
 
Beliau turut menyifatkan program sebegini dapat memberi pendedahan terhadap semua pengurusan kanan agar perubahan yang holistik dapat dilakukan secara serentak.
 
“Satu peristiwa yang penting buat UNISEL bakal tercipta dimana YAB Perdana Menteri Malaysia ke-10 bakal hadir di UNISEL minggu hadapan untuk berjumpa para pelajar, kakitangan serta menyampaikan syarahan; sudah pasti ada keistimewaan dan pengharapan nya tersendiri kerana mengutamakan UNISEL”, ujar beliau.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
2 Februari 2023