Universiti Selangor (UNISEL) semalam menerima kunjungan hormat daripada Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO), Malaysian Autonomous Intelligence & Robotics (MyAIRA), Aerodyne, SELATI dan Pen Aviation dalam satu sesi lawatan yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Delegasi kunjungan yang terlibat dalam lawatan tersebut adalah Tn. Jamie Haniff Ramlee, Pengarah S-DAICO (S-DAICO merupakan bahagian di bawah Invest Selangor Berhad) dan Dr. Mohd Zulkifli Zakaria, Pengarah Urusan SELATI.
Kunjungan tersebut meliputi sesi perkongsian prosedur untuk menerbangkan Drone dalam menjamin keselamatan dari Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Tn. Choong Soon Yong, Pengasas Bersama dan Presiden MyAIRA, Tn. Izham Zakaria, Naib Presiden Sektor Awam & Latihan Aerodyne dan Tn. Jean Bernard Boura, Ketua Pegawai Eksekutif Pen Aviation.
Kunjungan ini merupakan salah satu lawatan perangkaan serta perkongsian maklumat mengenai cara kendalian Drone yang mana UNISEL bakal menjadi Pusat Kecemerlangan Drone di Selangor. Ini sekali gus bertujuan untuk menyebarluaskan lagi industri Drone di Malaysia.
UNISEL dilihat mempunyai prasarana dan persekitaran yang stratergik untuk menjadi platform memacu industri Drone. Kerjasama ini juga dapat meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui SELATI, S-DAICO dengan UNISEL selain memberi impak positif kepada perkembangan teknologi Drone dalam kalangan komuniti khususnya pada masa hadapan.
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam pada itu mengetuai lawatan delegasi tersebut ke sekitar Kampus Bestari Jaya dan menerangkan beberapa pelaksanaan terkini serta berkongsi kejayaan yang dikecapi sepanjang lima tahun beliau menerajui transformasi UNISEL.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat