UNIVERSITI SELANGOR METERAI KERJASAMA DENGAN ROYAL SELANGOR FLYING CLUB

  • Home
  • UNIVERSITI SELANGOR METERAI KERJASAMA DENGAN ROYAL SELANGOR FLYING CLUB
Shape
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat (FELS) dan Fakulti Perniagaan & Perakaunan (FBA) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Royal Selangor Flying Club (RSFC) pada 24 November 2021 di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Kampus Bestari Jaya.
 
Majlis menandatangani MoU di antara UNISEL dengan RSFC yang disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor disaksikan oleh Pn. Hjh. Rokma Hj. Mat, Pendaftar bagi pihak UNISEL manakala bagi pihak RSFC disempurnakan oleh Mejar Abdul Razak Hashim, Presiden Royal Selangor Flying Club disaksikan oleh Kapten Imran Ismail, Timbalan Presiden Royal Selangor Flying Club.
 
RSFC merupakan kelab penerbangan pertama di Malaysia manakala UNISEL pula merupakan universiti pertama milik penuh kerajaan negeri. Oleh yang demikian, kerjasama ini mampu membuka peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk memperkasakan penggabungan kursus di antara UNISEL dengan program yang di tawarkan di RSFC.
 
Selain itu, MoU ini juga merupakan inisiatif awal terutama sekali bagi FKSH untuk menawarkan bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau seperti electric flight engine serta data analitik yang mampu menjadi nilai tambah dalam pembangunan akademik di UNISEL secara khususnya.
 
Tambahan lagi, penawaran program di dalam mod yang lebih fleksibel terutama sekali kepada pelajar yang sedang bekerja juga antara intipati yang bakal diterokai usai perjanjian tersebut dimeterai.
 
Hasil kerjasama ini sekali gus dapat menjadikan UNISEL dan RFSC sebagai institusi yang dapat menyumbang kepada pembangunan sumber tenaga kerja di bidang penerbangan di Selangor.
 
UNISEL yang berkeluasan 1000 ekar ini disifatkan sebagai satu lokasi yang stratergik yang mana keberadaanya adalah di luar zon kawasan penerbangan dan kerjasama ini diaggap sebagai satu konsep yang berpandangan jauh. Usaha ini juga diharap mampu menjadi pemangkin perubahan persekitaran dan landskap yang terdapat di kawasan ini.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat